Tender Love and Care, originally uploaded by Araleya.
sunyi dan kelam
berbisik aku sendirian
antara siulan dan suara
manakah akan ku dengar...
sesak pandangan
sesat dalam khayalan
manakah tempatnya
untuk aku labuhkan..
ku pergi untuk datang
bukan untuk meninggalkan
namun penuh dengan harapan
agar bahagia tak dihalang
memang yang patah akan bertumbuh
memang yang hilang akan berganti
namun yang tumbuh mungkin bunga
bukan dahan
yang diganti tak mungkin sama
bagai ingatan
bersyukurlah kepada tuhan
berterima kasihlah kepada insan
bersujudlah tanda kesyukuran
hargailah pemberian kerana
itu satu tuntutan
moga tuhan tidak menarik kembali
segala yang pernah diberi...
berbisik aku sendirian
antara siulan dan suara
manakah akan ku dengar...
sesak pandangan
sesat dalam khayalan
manakah tempatnya
untuk aku labuhkan..
ku pergi untuk datang
bukan untuk meninggalkan
namun penuh dengan harapan
agar bahagia tak dihalang
memang yang patah akan bertumbuh
memang yang hilang akan berganti
namun yang tumbuh mungkin bunga
bukan dahan
yang diganti tak mungkin sama
bagai ingatan
bersyukurlah kepada tuhan
berterima kasihlah kepada insan
bersujudlah tanda kesyukuran
hargailah pemberian kerana
itu satu tuntutan
moga tuhan tidak menarik kembali
segala yang pernah diberi...
Sewajarnya kita bersyukur ketika kehilangan selipar. Sedangkan diPalestine ramai yang hilang kaki.
ReplyDeletesalam to Pok Li
ReplyDeleteterima kasih untuk ingatan ini, ya mungkin kerana kurang bersyukur dengan apa y kita dapat kita selalu berharap mendapat lebih dari apa y telah kita perolehi..
Mulai hari ini, Aiman akan lebih bersikap bersyukur dan menerima seadanya..
p/s: Aiman ta kisah..ha3x :p