Ini puisi ringkas
Buat mereka yang lupa dan alpa
Satu demi satu
Episod kehidupan
Dilalui kita
Ada membawa tangis
Ada membawa tragis
Demi suatu peranan
Yang telah ditetapkan
Yang kuat terus gagah
Yang lemah memohon kekuatan
DariNYA
Ada yang gembira kerana alpa
Ada yang gembira kerana berjaya
Ada yang sedih kerana lemah
Ada yang sedih, terharu kerana sedar
Betapa DIA amat berkuasa
Hidup ini tidak sukar
Selagi kita di landasan yang benar
Hidup ini tidak muda andai kita
Mengemudi diri ke jalan yang
Tidak sepatutnya
Hidup ini tidak seringkas mana
Aiman ni pandai tulis puisi...semuanya sedap2 belaka.. Nanti satu hari tulis puisi khas untuk kak tirana ye...
ReplyDeleteto kak kirana
ReplyDeletesalam n sudah pasti sebagai adiah persahabatan kter he3x
btw tq =)