Wednesday, February 04, 2009

- haruskah aku??


Sun Flower-018102, originally uploaded by Cat's Ear.

ya, tidak, ya, tidak..
ya, tidak, ya, tidak...
ya, tidak, ya, tidak...
hurm..
kenapa tidak juga jawapan yang dapat?
kenapa bukan ya yang aku dapat..
semua kerana kamu
semua kerana kamu

hidup aku bagai belora ombak kerana kamu
hidup aku bagai dilanda tornado kerana kamu
hanya kerana aku mahu kamu hargai aku

dulu aku percaya bila gelap datang,
pasti matahari akan datang jua
membawa gelap itu pergi
dan oleh itu aku tidak berputus asa..
dulu aku percaya bintang yang kecil itu mampu menerangi
lalu aku berani untuk terus berdiri...

kini aku pasrah kerana kamu
kini aku pasrah dan seakan mahu lari
pergi jauh dari dunia kamu
dari dunia semua

berikan aku cahaya untuk melakukan sesuatu

mungkinkah masih ada cahaya
di hujung lorong yang gelap itu?

aku tidak tahu patutkah aku percaya lagi..

4 comments:

  1. Sekadar berpesan-pesan. Sesuai bagi mengelakkan daripada difitnah orang.

    "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari orang-orang yang kafir." Surah Yunus, ayat 85 dan 86
    View Profile: Rantong

    ReplyDelete
  2. Tiada keyakinan jika tiada kepercayaan. Samada ada sinar atau tidak dihujung terowong berantung kepada keberaniaan merentasinya. Mencuba lebih baik dari duduk berpeluk tubuh.

    ReplyDelete
  3. to rantong..

    terima kasih dan semoga ALLAH membuka pintu hati kita untuk lebih cinta hanya padaNYA

    amin..

    ReplyDelete
  4. to Pok LI

    salam buat Pok Li

    terima kasih untuk kata azimat dari Pok Li..InsyaAllah Man ingat dan amalkan..

    salam kembali

    ReplyDelete

terima kasih