Saturday, November 01, 2008
- "mama takut, papa takut..."
hujan di luar bagai memanggil manggil
guruh dan kilat sabung menyabung
kesejukan jelas dapat dirasai dek tiupan bayu yang bersama air
katak dan kodok bagai meraikan sesuatu sahut menyahut
bermain air hujan yang turun semahu mahunya
awan bagaikan tidak mampu lagi menanggung air yang dikandung
lantas memuntahkan semuanya ke bumi
menutup langit dengan titisan yang seakan tidak mahu berhenti
berhentilah menangis wahai anak kecil
jangan takut akan kilat dan guruh
jangan tutup kedua belah telingamu kerana takutkan mereka
jangan pejamkan matamu kerana takutkan mereka
berhentilah menangis
bantu anakmu wahai ibu yang penyayang
beranikan anakmu wahai bapa yang pengasih
jangan biarkan mereka takut
jangan biarkan mereka takut
jangan biarkan mereka takut
katakan pada anakmu wahai ibu
hujan itu satu rahmat, rezeki dari Yang Esa
katakan pada mereka wahai bapa
hujan itu satu pemberian, anugerah dari Tuhan
biar mereka belajar sedari kecil apa itu bersyukur
biar mereka tahu sedari kecil tuhan Maha Adil
biar meraka sentiasa ingat tuhan tidak pernah lupa akan hambanya
agar mereka jua tidak lupa padaNya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perangsang kepada anak-anak untuk lebih berani dan terangsang kepada persekitaran adalah kaedah pendidikan masakini. Dulu anak-anak ditakutkan dengan gelap ada hantu, pokok besar ada penunggu. :)
ReplyDeletebetul kata Pok Li, saya sendiri selalu terpengaruh dengan perkara tahyul sebegitu kadang kadang.
ReplyDeletemari kita sama sama menbentukmereka yang masih kecil dengan lebih positif pada masa yang akan datang..
p/s: saya masih belum berkahwin lagi..hurm..
mengapa saudara tidak hantarkan sahaja sajak ini untuk diterbitkan, ada kualiti dan nilai tersendiri. cuba hantar di majalah DEWAN SASTERA. saya link blog ini.
ReplyDeleteheh
ReplyDeletebesar tanggung jawab jadi ibu dan bapa......dan aku rasa tanggungjawab yang paling besar ialah melahirkan anak2 yang berilmu.....
bukan takut dengan perkara retorik....
ya.aku setuju kata saudara azli...aku suka sajak ni..sangat suka..ramai ibu bapa tak menyedari perkara kecil begini memberi kesan pada anak2 kerana aku antara mereka yang takutkan itu..dan membaca ini membuat aku insaf..tidak sekali kusalahkan ayah dan ibu...malahan membuat aku berhati2
ReplyDelete