Saturday, November 08, 2008
- Akibatnya
semalam aku rasa sangat kecil
diduga olehNYA kesabaranku
hampir menitis air mata
kerana rasa kecewa dan hampa
setiap kali diri rasa tidak berdaya
tapi aku cuba jua tabahkan hati
ku pamerkan rasa gembira walau hati ini
tidak sekali kali
walau aku benci menipu diri
namun aku mungkin perlukan ia sesekali
hendak ku marah ini kecuaianku
hendak ku tangis ini dugaan buatku
hendak ku maki tiada siapa kecuali diriku
untuk itu,
aku conteng satu kertas buat peringatan diriku
aku, jangan cuai menjaga sesuatu
aku, jangan kelam andai perkara sebegini berlaku
aku, jangan ulangi kesilapanku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum anakku,
ReplyDeleteKita insan biasa memang tidak lepas dan sunyi dari apa juga silap salah dalam mengharungi hidup ini.
Sebab itu kita sentiasa cuba tambah ilmu di dada, baik yang duniawi atau ilmu akhirat.
Sentiasalah pelajari segala kesilapan kita supaya sedaya upaya tidak akan kita ulangi, InsyaAllah.
Jaga diri baik baik, selalu isi masa muda yang lapang dengan perkara yang berfaedah dan mendatangan manfaat pada diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara.
WaAllahuAlam.
alhamdulillah..bukan mudah untuk terima kepahitan yang datang dengan sabar dan andai kita berjaya lakukannya kitalah mujahid...ada hikmah indah di sebalik sesuatu...
ReplyDeleteBanyak ke. Pernah masa belajar dulu hilang duit RM 100. Pening seminggu :(
ReplyDelete