Thursday, November 06, 2008
- Jangan Terus Percaya Mereka
Jangan percaya pada bayang yang mengekorimu
Ia mungkin setia tapi ia jua tiada tulus
Hanya menunjukkan luaran yang gelap tapi tiada hati yang jujur
Jadi jangan percaya pada bayang bayang mu
Namun ia tetap setia
Mengekori ke mana sahaja
Jangan dengar angin yang berlalu
Berita yang di bawanya mungkin palsu
Baik kau selidiki bayu itu
Sebelum ditelan rasa tertipu
Mungkin yang dibawa itu hanya desas desus
Mungkin yang dibawa itu hanya konspirasi
Mungkin jua ia hanya satu provokasi
Jangan curahkan air dari tempayan
Hanya kerana mendengar guruh di langit
Kerana kau mungkin keterlaluan
Membuat konklusi sendiri
Periksa dahulu segala apa yang kau pandang
Teliti dahulu segala yang kau dengar
Ini akan membantu kau mencari kebenaran
Jadilah kau diri sendiri
Percayalah kau diri sendiri
Jadilah kau hati yang jati
Yakinlah kau dengan idea kau sendiri
Apa yang penting jangan pernah kau ingkari
Bahawa kau bisa melihat kesilapan diri
Dunia ini tiada benar sebenar benarnya
Hanya pendapat yang berbeza
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam ade kesinambungan jek dgn puisi yin..hehe.sikit la tak banyak..;p
ReplyDeleteSetuju. Be yourself.
ReplyDeleteapa yang kita dengar dengan mudah akal akan menerima tanpa berfikir dehulunya..kembali kepada allah atas segala sesuatu perkara...cuba yang terbaik...
ReplyDeletePerika dahulu segala apa yang kau pandang???
ReplyDeletemungkin 'periksa'....
*aku yang membaca.....he he he, puisi nie ok.....sentiasa kita hisab diri sendiri..
terima kasih pada semua
ReplyDeletesaya akan lebih berhati hati dengan ejaan selepas in hahaaha
dude... aku igt ko xske puisi?? sincw when ko minat?
ReplyDeletewow...
ReplyDeleteaku setuju dgn xerutan?
since bile ko minat puisi ni semua?
setahu aku ko hanyalah pandai bermuka2 dan menutup kesilapan ko dgn menunjukkan kesilapan org lain!
itulah self-aiman