Tuesday, November 04, 2008

- Catatan buat Abah dan Mama

















Buat abah dan mama

Ku tulis ini tanda protesku
Ku tiggalkan catatan ini tanda amarahku
Ku ungkap semua ini sebagai puisi tanda kedegilanku

Abah dan mama

Tolong fahami jiwa memberontakku
Tolong jiwai rasa ketidak puasan hatiku
Tolong hargai keupayaan aku
Jangan lagi memanjakan aku..

Abah dan mama
Cukup sudah apa yang di beri
Perit lelah semua telah aku rasai
Dan, aku amat menghargai semua ini

Kini berilah peluang untuk aku berdikari
Berilah aku peluang berdiri di atas kaki ku sendiri
Biarlah aku terokai jalanku sendiri

Abah dan mama
Aku bukan budak yang berkencing lagi
Aku bukan si manja yang menangis lagi
Aku banyak rasa sedih dan iri
Melihat mereka yang dilepaskan pergi
Sedangkan aku masih lagi dikongkong dan dililiti

Abah dan mama
Aku tahu kamu sayangkan aku
Aku tahu aku sayangkan kamu

Kini,
Tiba masa kau sadar aku telah membesar
Tiba waktu kau tahu akan kematanganku

Aku janji,
Ajaranmu akan ku amal selama mungkin
Peringatanmu akan aku semat selagi sedar
Cuma kini lepaskan aku..aku meminta..

Terima kasih atas segala pengorbananmu

Dari aku anak manja dan kesayanganmu..

1 comment:

  1. penjelasan dengan car aterbaik perlu diberikan kepada ibu ayahmu..sebagai anak,jangan kerana kehendak hati kita derhaka..aku kagum dengan semangat berdikarimu..tapi jangan sampai sakiti hati keduanya ya..

    ReplyDelete

terima kasih