Thursday, October 30, 2008

- SEDARI SENDIRI

tadi aku bangun dari tidur yang agak panjang
lenaku benar benar jauh membuai aku
mimpi yang datang bertandang jua mengasyikkanku
penat lelah ku semalaman tiada lagi aku rasai
syukur atas nikmat yang di beri..

semalaman aku asyik berfikir maksud kewujudan
semalaman jua aku melayarkan jauh bahtera idealogiku
mengenangkan segala erti yang lama aku cari,
yang selama ini tidak pernah aku sedari..

akal ini diberi oleh Yang MAha ESa untuk mengetahui
dijadikan aku berbeza dengan makhluk yang lain kerana cara aku berfikir
kelihatan lain aku dengan yang lain kerana wujudnya pertelingkahan pendapat
garisan psikologiku yang tidak besar menghimpit diriku kerana tiada pengiktirafan

mindaku selama ini aku bawa jauh dari kotak pemikiran yang biasa
aku jadikan perasaan sebagai sandaran dan hati sebagai pengemudi
mengabaikan akal yang sepatutnya mengetuai dan banyak mengetahui
mengendahkan pertimbangan yang saksama lagi adil
dan membiarkan perbezaan itu dikuasai rasa tidak pernah berpuas hati
akhirnya aku tertinggal dalam duniaku yang tersendiri

bagai baru terjaga dari lenaku jua
aku merasakan aku seperti aku yang baru
aku bagaikan terdengar jeritan benakku dan batinku
aku baru menyedari suatu perkara yang selama ini amat jelas di depanku

rupanya aku bukan diwujudkan untuk berlumba lumba
rupanya aku bukan hadir di dunia untuk mendambakan dunia
rupanya aku bukan terlahir untuk mencari kebanggaan
rupanya aku dicipta bukan untuk melupakan

oleh itu,
selagi kesedaran ini membakar mindaku memberitahu jiwaku
aku sepatutnya tahu, aku sepatutnya sedar, aku sepatutnya jaga
bahawa aku bukan lah amat memerlukan semua
aku sememangnya tidak perlu pengabdiaan dari sesiapa
bahawa aku tidak sepatutnya mengejar apa yang tidak sepatutnya ku kejar
bahawa aku bukan lah lemah andai tiada sesiapa

kerana DIA pasti sentiasa ada...

selamat tinggal kepada semua
selamat tinggal kepada semua
selamat tinggal kepada semua

terima kasih atas pengajaran yang kalian berikan
terima kasih atas pengalaman yang selama ini datang kerana kalian
sesungguhnya aku amat menghargainya

ingatlah padang pemikiran amat luas dan janganlah tersesat
kerana keangkuhan kalian sendiri
kerana kebanggaan kalian selama ini


3 comments:

  1. Salam aiman
    Kadang-kadang saya juga terlupa untuk muhasabah diri setiap diri. Lontaran puisi ini mengingatkan saya pada masa saya muda=muda dulu :)

    ReplyDelete
  2. haha
    terima kasih pada Pok Li sebab selalu bg komen n untuk pengetahuan Pok Li, Pok Li tak nampak tua pun untuk ingat masa muda muda
    ]
    hahaha

    ReplyDelete
  3. menjadikan perasaan untuk mengemudi padaku tidak salah andai kita meletakkan allah di atas tiap apa yang kita rasakan(betulkan jika aku silap) juga pandangan akal yang memang banyak silap..dengan menggunakan ayat2 allah juga membersihkan hati,insyaallah kita akan selamta.kita hidup untuk mencari redha dan rahmatNYA..

    ReplyDelete

terima kasih