Tiada ku lafaz meminta dari sesiapa
tidak pernah terdetik niat dan ingin
untuk aku wujud dalam kalangan semua
berbeda, berlainan cara bak bangau hitam
Salah aku selalu mengucapkan
bencikan diri hampa dengan kehidupan
kerana aku hanya suatu ciptaan
mengenang diriku si bangau hitam
ku cuba terbang ke langit bersama bangau yang lain
bersama bangau putih cantik berseri
namun aku jauh ditinggal seakan dibenci
jauh jua aku menjauh mendiam dan membenci diri
hanya kerana aku ini si bangau hitam
Tanpa hala tanpa tuju aku mengagah melangkah
bersama hanya bayang bayang ku sendiri
yang setia mengekori tidak jemu menemani
mencari hati yang mungkinkan sudi
menerima dan menemani aku ini
aku si bangau hitam...
Tuhan
aku ini amat pasti
kau pemurah penyayang lagi pengasih
untuk itu aku tidak akan pernah berhenti
hati ini akan kuat dan sentiasa mengerti
ujian kau getir penuh dengan teka teki
namun rahmat banyak tersembunyi
dan ini aku pasti
yang aku tidak akan berhenti mencari ruang untuk sendiri
Aku si bangau hitam
aku indah hanya di ukiran
namun biar apa aku di mata
aku adalah diriku yang dicipta
untuk itu aku menerima seadanya
walau aku si bangau hitam
tidak pernah terdetik niat dan ingin
untuk aku wujud dalam kalangan semua
berbeda, berlainan cara bak bangau hitam
Salah aku selalu mengucapkan
bencikan diri hampa dengan kehidupan
kerana aku hanya suatu ciptaan
mengenang diriku si bangau hitam
ku cuba terbang ke langit bersama bangau yang lain
bersama bangau putih cantik berseri
namun aku jauh ditinggal seakan dibenci
jauh jua aku menjauh mendiam dan membenci diri
hanya kerana aku ini si bangau hitam
Tanpa hala tanpa tuju aku mengagah melangkah
bersama hanya bayang bayang ku sendiri
yang setia mengekori tidak jemu menemani
mencari hati yang mungkinkan sudi
menerima dan menemani aku ini
aku si bangau hitam...
Tuhan
aku ini amat pasti
kau pemurah penyayang lagi pengasih
untuk itu aku tidak akan pernah berhenti
hati ini akan kuat dan sentiasa mengerti
ujian kau getir penuh dengan teka teki
namun rahmat banyak tersembunyi
dan ini aku pasti
yang aku tidak akan berhenti mencari ruang untuk sendiri
Aku si bangau hitam
aku indah hanya di ukiran
namun biar apa aku di mata
aku adalah diriku yang dicipta
untuk itu aku menerima seadanya
walau aku si bangau hitam
Ramai juga yang meminati warna hitam. 'Black is beauty'
ReplyDeleteterima kasih atas sokongan, ini boleh menambahkan keyakinan diri mereka...
ReplyDelete