Wednesday, October 22, 2008

- coretan buat KAU





ini coretan buat KAU
kau yang sahabat dimata semua
kau yang dinobat sebagai saudara
kau yang diibarat kebaikan dunia

bila aku bersama
kau jadi luar biasa
jadikan aku tidak berdaya
letakkan bebanan di kepala
dan bersikap membeza beza

ini adalah satu rasa..
dan aku yang paling terasa

seakan kau teguh keras bila melafazkan
tiada ragu dalam perbualan
tiada salah dalam perbuatan
pada kau yang lain itu kesalahan
bahan jenaka yang diketawakan

kau bilang kau bukan yang terbaik
tapi kau tunjukan yang lain itu tidak sebaik diri kau
masih fikiran kau sahaja tiada kesilapan
dan yang lain teraba raba mencari kebenaran

kau benci dikata bergantung pada yang lain
tapi kau suka memperkatakan
tentang yang lain itu bergantungan
dan tidak pernah kau sedar
kau juga menghulur tangan
mengapai bantuan

kau angap bantu membantu itu ialah mempergunakan
sedangkan kau tidak pernah lari dari mempergunakan
dan sentiasa mencari peluang untuk mempergunakan
hanya kau yang tidak merasakan, tidak memikirkan
kerana mempergunakan dan kau adalah kebiasaan

kau asyik menjatuhkan
dan kau anggap itu sebagai gurauan
hah??guraun dengan niat menjatuhkan
gurauan yang nyata memperlekehkan
dan ia amat memilukan, menyakitkan

kau ketawa
itu amat menyedihkan
kerana ketawa kau menghina
kau siniskan pandangan
itu amat menjatuhkan
seakan yang lain silap sentiasa
kau berkata yang baik
itu amat mengelirukan
kerana niat mu jelas mengena

bukalah topeng kau
hebahkanlah niat kau
jangan lagi kau memandang hina
sinis dan mereka reka
berilah peluang
agar yang lain mampu berjalan
kepada matlamat mereka

hargailah apa yang diberikan
jangan asyik menjatuhkan
kerna aku, kau, dan kita
semua makhluk tuhan
bukan yang terbaik
bukan tiada kesilapan

2 comments:

  1. aiman syg ma & abah???

    ko tulis kat sape nieh? zarul ke??

    ReplyDelete
  2. owh aiman....
    indah kahbar dr rupa
    xsuka seseorg tp diri sendiri pun xbetul

    ReplyDelete

terima kasih