bila cinta menari nari
rancaknya rasa di hati menyayangi
bila rindu itu memenuhi
segarnya perasaan di dalam diri
cinta itu suatu pemberian
dari DIA yang maha penyayang
ia mengajar kita untuk merasakan
apa itu kasih dan sayang
bayang sesal sentiasa mengekori
tidak pernah sesekali berhenti
sesal aku kerna baru ku erti
betapa aku mencintai
Tuhan tegarkan aku
jangan pernah biar aku melepasi
batasan mimpi dan realiti
kerna aku tidak mahu menyesali
saat aku tidak lagi mencintai
sesuatu yang tidak mungkin aku cintai
jua sesuatu yang sentiasa aku mimpi
No comments:
Post a Comment
terima kasih