Sunday, October 26, 2008

- KE LUAR TINGKAP ITU


ke luar tingkap
aku melihatmu
aku memandangmu
dan saat itu
aku benar benar
aku sungguh sungguh
berharap

kamu...
lihatlah aku
pandanglah aku
senyumlah kepadaku

ke luar tingkap
aku terus lontarkan pandangnganku
aku terus pakukan pandangnganku
aku cuba cuba tersenyum
aku benar benar berharap

kamu...
lihatlah aku di sini
aku di dalam sini
tolehlah walau sekali
tolehlah aku di dalam sini

aku dambakan hatimu
aku ingin milikimu
aku ingin dimilikimu
waalu aku tahu
ia tidak kan bisa begitu

aku tidak mungkin mencapai dirimu...
aku tidak mungkin dirasakanmu...
kamu tidak mungkin mahu aku...

ke luar tingkap itu
aku kumpul kekuatanku
aku lontar memoriku
cuba tinggalkan kenanganmu
cuba tinggalkan perasaanku
tapi bisakah aku???

kerana aku amat menyintaimu
kerana aku amat mengininkanmu
kerana aku amat mahu dirimu

maafkan aku yang tidak mampu
untuk buangkan rasa sayangku

maafkan aku yang masih mencintaimu
maafkan aku yang akan terus menyayangimu...



No comments:

Post a Comment

terima kasih