Sunday, October 26, 2008

- SYURGAKU


Langkah demi langkah di atur
perlahan lahan dengan harapan
berjalan meninggalkan persinggahan
berjalan mendekati tempat tujuan

Angin yang lalu manyapa
dirasa dan dibiarkan sahaja
masa pantas menghambat
memberitahu juga memperingat

Agar tidak pernah leka
agar tidak pernah alpa

Tapi aku tidak tahu
mungkin aku yang tidak pernah tahu
apa arah tujuan ku?
ke mana harus ku tuju?
untuk apa kewujudan ku?

Apakah aku sedang keliru?
atau aku yang sentiasa keliru?
aku sendiri tidak tahu
mungkin aku sendiri yang tidak pernah tahu...

Siapa di sana yang dapat membantu?
siapa di sana yang bisa memberitahu?
siapa siapa sahaja yang mampu...

Sedarkan aku..
bangunkan aku..
kerana aku tidak mahu..
tidur dan tidur dan tidur...

Pimpin tanganku
bawa daku ke tempat itu
tunjukkan aku
arah sepatutnya untuk aku tuju
bisikkan ke telingaku
jalan yang mana satu

Aku mahu jadi hambaNya yang redha
Aku mahu jadi hambaNya yang tidak lagi berdosa
Aku mahu jadi hambaNya yang dapat balasan syurga

Sudah terlalu lama aku tertidur..

Aku nyata tidak mampu sendiri bangun..


No comments:

Post a Comment

terima kasih