Friday, February 27, 2009

- AKU BENCI

huh....!

Apa erti bahagia
Andai kosong itu isinya
Apa erti cinta
Andai hanya bercerita
Tiada rasa yang sedalamnya...

Mengapa hidup itu tiada seri
Walau pelbagai perasaan ditaburi
Mengapa gulana sering direncana
Sedangkan akal memilih jalan untuk berkelana
Salahkah setiap langkah yang diatur...

Buang jauh segala perasaan
Lontar entah kemana semua kemarahan
Inikah yang terbaik untuk dilalui...

Amarah ini tidak tahu dari mana
Kecintaan ini tidak tahu untuk apa dicanangkan
Kasih sayang itu berbaloikah untuk dipertahankan
Kerana kita hanya manusia
Tiada yang kekal dalam segalanya
Yang ada hanya perubahan
Untuk kebaikan jua untuk keburukan

AKU BENCI KERNA AKU MASIH SAMA
MASIH KECIL DIPANDANGAN
MASIH KERDIL SEPERTI YANG LAMA

Monday, February 23, 2009

- Ikan Goreng Kegemaranku =)




hari ini dalam diari kehidupan
satu lagi episod baru hidup ini
dengan epilognya yang haru
biru, hitam, juga pelbagai warna lain..
namun aku sangat gembira juga..

hujan itu kawannya angin
malam itu sahabatnya sejuk
dan aku meredah keduanya
untuk satu perjalanan yang perlu

demi ibu tersayang
aku rentas tanpa fikirkan akibat
aku lelah tapi masih tabah
mungkin aku terlalu rindu
mungkin jua kerna terlalu letih
jadi aku pulang untuk mengadu
pada ibu..

ibu,
terima kasih untuk lauk ikan gorengmu
itu adalah yang terbaik
yang paling enak
aku tak takut pergi lagi
kerna tahu ibu ada untukku
walau kemana pun aku...

Saturday, February 21, 2009

- Wahai Tuhan



"Wahai tuhan ku tak layak ke syurgaMU"
kerna aku tahu kecil benar iman ku
kerna ku tahu berat gergasi dosaku
kerna ku tahu ku tak layak ke syurgamu..

"Namun tak sanggup ke nerakaMU'
kerna nerakaMU terlalu azab buat aku
kerna aku tidak mampu menanggung salahku
kerna aku tak sanggup ke nerakaMU..

kuatkan aku wahai tuhan
kerna aku terlalu lemah dalam ujianMU
selalu gagal dengan ujianMU

Aku mohon wahai tuhan
Selamatkan aku
tunjukkan aku kebenaran
tetapkanlah hatiku untuk MU

Thursday, February 19, 2009

- Kami MenDENGAR, Kami MeLIHAT, Kamu Tidak BUAT




Sunyi suasana bila melihat
Langit tenang tanpa awan yang gelap
Pohon nyiur melambai memanggil semua
Datanglah kita berteduh dan bersyukur
Berfikir segala yang telah berlaku
Bermuhasabah diri dengan segala kejadian

Telingar mendengar bila malam
Mata meihat bila siang
Hati menetapkan sebuah keputusan
Dengan akal sebagai panduan

Benarkah semua keputusan yang melihat?
Tepatkah apa yang telah ditetapkan?

Manusia mencanangkan kehebatan
Memanggil manusia lain untuk mendengar
Menyembunyikan apa yang telah dilakukan
Demi kehebatan yang ingin dipersembahkan

Untuk apa diperlakukan begitu?
Berterus teranglah agar kami percaya
Kau buatlah apa yang kau kata
Kau fikirlah untuk kebaikan semua

Wahai mereka yang ingin memimpin
Terpulanglah untuk menganggap kami ini apa
Namun kami semua mendengar
Kami juga melihat
Dan kami bicarakan apa yang kamu lakukan

Kami mahu pemimpin kami benar benar kuat
Mampu memimpin kami ke jalan yang sebenarnya
Mampu membantu kami untuk terus berjaya
Mampu melakukan kebaikan untuk kami semua

Kami boleh lupakan kesalahan kamu dikala dulu
Kami boleh memaafkan kamu kerana kesalahan kamu

Tapi kami juga takut kamu lakukan lagi
Kesalahan seumpama begini

Jadi kami sudah semakin kelam
Untuk percaya apa yang kami dengar
Untuk yakin apa yang kami lihat

Kini kami,
Hanya mahu memikirkan
Apa yang sebetulnya...
Dan, kami yang akan membuat keputusan.

Tuesday, February 17, 2009

- The Morning Sun (reborn!)


The Morning Sun, originally uploaded by Anders Lindberg.

Bagai matahari pagi
Sentiasa muncul untuk menerangi

Yang pergi biarkan pergi
Yang hidup teruskan hati
Untuk hidup lagi

Kita bukan hidup kerana yang lain
Tapi untuk satu peranan dan watak
Yang ditetapkan DIA

Membantulah selagi perlu
Jangan lupa ucapkan syukur
Jangan pernah berputus asa.

Dan,
Aku,
Tidak akan berputus asa.

Sunday, February 15, 2009

- PUISI TIDAK BERTAJUK




puisi ini tidak bertajuk
coretan buat mereka yang dekat denganku
mungkin coretan yang terakhir
mungkin jua yang seterusnya untuk kalian

puisi ini tidak bertajuk
ditulis untuk menyatakan betapa aku
sangat menghargai kalian di sana
namun tidak berpeluang
untuk menyatakan semuanya
jadi ini sebagai gantinya
anugerah tuhan buat aku
dengan kewujudan kalian

puisi ini tidak bertajuk
bukan diconteng sewenang wenangnya
bukan juga diteliti dengan sepenuhnya
hanya menyatakan sesuatu yang dirasa
keinginan buat semua yang sangat berharga

puisi ini tidak bertajuk
mungkin jua belum ditajukkan
tidak dicanting bagai batik yang menarik
tidak dilagukan menjadi nyanyian yang merdu
tapi disyahdukan dengan sepenuh hatiku
yang ingin menyatakan semua tentang sesuatu

puisi ini tidak bertajuk
mungkin yang terakhir buat kalian
mungkin yang seterusnya buat kalian
moga aku akan menjadi ingatan
buat mereka yang aku sayang
yang sentiasa aku doakan
akan kebahagiaan

salam buat semua

Saturday, February 14, 2009

- Hidup ini tidak seringkas mana



Ini puisi ringkas
Buat mereka yang lupa dan alpa

Satu demi satu
Episod kehidupan
Dilalui kita
Ada membawa tangis
Ada membawa tragis
Demi suatu peranan
Yang telah ditetapkan

Yang kuat terus gagah
Yang lemah memohon kekuatan
DariNYA

Ada yang gembira kerana alpa
Ada yang gembira kerana berjaya
Ada yang sedih kerana lemah
Ada yang sedih, terharu kerana sedar
Betapa DIA amat berkuasa

Hidup ini tidak sukar
Selagi kita di landasan yang benar
Hidup ini tidak muda andai kita
Mengemudi diri ke jalan yang
Tidak sepatutnya

Hidup ini tidak seringkas mana

Wednesday, February 11, 2009

- Aku Ingin Hidup Kembali



Siang dan malam bagai serupa
langsung tiada beda tiada beza
gelap tanpa cahaya
terang tanpa kegelapan
ada bezakah semua ini?

dikala hati tersepit
dan masih tersepit sendiri

benak ini tidak keruan
celaru itu menjadi tuan
kosong lagi hampa
itu juga menjadi utama
kerana semua bagai tiada makna

di mana kosong itu sebenarnya
jangan ditanya aku
kerna aku tidak tahu
di mana aku
apa tujuanku
apa mahuku

biarlah masa menyembuhkan aku
mungkin akan jadi lebih baik
mungkin akan jadi yang sebalik

bila masanya usah ditanya
mungkin sekarang
tatkala matahari sedang terik
mungkin juga nanti
pabila mentari mati

namun aku ingin benar hidup kembali

Monday, February 09, 2009

- Jangan biar hanya hati yang bicara




Pabila hati yang bicara
marah yang akan berkata kata
benci jadi pengantara
dendam memanggil kata nista
hasad disandar bagai panglima
tamak dan haloba akan beraja
kemusnahan diri sudah bermula

Pabila minda ditanya
akal yang akan berkata kata
penimbangan dibuat semasaknya
hati akan sentiasa curiga
benarkan keputusan yang dikata?
inikah jalan yang sewajarnya?

Pabila bersatu hati dan minda
dua dunia disatukan seadanya
keputusan itu pasti tiada salahnya
semangat yang kental sebagai pedangnya
baik dan buruk sudah ditimbang tara
tiada lagi kusut dan kecewa

inilah kunci untuk berjaya
satukan hati bersama minda
kental datang dari hati yang bergelora
rasa curiga tentang dunia
logik akal membataskan segala
memberikan jalan yang sebenar benarnya
jalan yang diambil kerna rasionalnya



- I Care

Tender Love and Care, originally uploaded by Araleya.
sunyi dan kelam
berbisik aku sendirian
antara siulan dan suara
manakah akan ku dengar...

sesak pandangan
sesat dalam khayalan
manakah tempatnya
untuk aku labuhkan..

ku pergi untuk datang
bukan untuk meninggalkan
namun penuh dengan harapan
agar bahagia tak dihalang

memang yang patah akan bertumbuh
memang yang hilang akan berganti

namun yang tumbuh mungkin bunga
bukan dahan
yang diganti tak mungkin sama
bagai ingatan

bersyukurlah kepada tuhan
berterima kasihlah kepada insan

bersujudlah tanda kesyukuran
hargailah pemberian kerana
itu satu tuntutan

moga tuhan tidak menarik kembali
segala yang pernah diberi...

Sunday, February 08, 2009

- seKeping Hati

- kata untukmu

langit bagai jatuh menimpa
begitulah beratnya rasa
jika pergi itu yang aku perlu

bagai tergigit lidah sendiri
bukan niatku untuk terus mengakali
tapi itu lumrah bila aku menyayangi
ku akui
tidak mudah juga untuk menerima
namun aku pasti lakukan juga
kerana kamu kini sangat gembira
bahagia yang tidak terkata

malam itu
kucekalkan hati
tidak pergi darimu
tidak mampu aku meninggalkanmu
ku jua ubahkan diri
tidak berkeras denganmu
kerana aku sangat memahamimu
kali ini aku yang akan dibelakangmu

fahamilah
aku terkejut perubahanmu
dan aku takut kehilanganmu
tidak tahu bagaimana aku
andai kau pergi dariku

terima kasih
jangan risaukan aku
aku akan seperti dulu
malah aku berikan kau masa
untuk bersamanya semahumu
semahu mahumu

ingat satu
aku sentiasa ada untukmu
bila kau perlu
bila kau jua tidak perlu

mohon aku
carilah aku
kerna itu akan buat aku
rasa kau perlu
dan menghargaiku

jaga dirimu.

Wednesday, February 04, 2009

- haruskah aku??


Sun Flower-018102, originally uploaded by Cat's Ear.

ya, tidak, ya, tidak..
ya, tidak, ya, tidak...
ya, tidak, ya, tidak...
hurm..
kenapa tidak juga jawapan yang dapat?
kenapa bukan ya yang aku dapat..
semua kerana kamu
semua kerana kamu

hidup aku bagai belora ombak kerana kamu
hidup aku bagai dilanda tornado kerana kamu
hanya kerana aku mahu kamu hargai aku

dulu aku percaya bila gelap datang,
pasti matahari akan datang jua
membawa gelap itu pergi
dan oleh itu aku tidak berputus asa..
dulu aku percaya bintang yang kecil itu mampu menerangi
lalu aku berani untuk terus berdiri...

kini aku pasrah kerana kamu
kini aku pasrah dan seakan mahu lari
pergi jauh dari dunia kamu
dari dunia semua

berikan aku cahaya untuk melakukan sesuatu

mungkinkah masih ada cahaya
di hujung lorong yang gelap itu?

aku tidak tahu patutkah aku percaya lagi..

Monday, February 02, 2009

- regrets




awan,
mengapa sembunyikan hujan dalam dirimu?
kejutan untuk akukah bila hujan kuyupkan aku?
angin,
mengapa sayu yang kau bawa dalam tiupanmu?
tahukah kau selama ini aku sentiasa dalam syahdu?
mentari,
mengapa tunjukan aku erti benci dengan cahayamu?
akukah yang sendiri dalam pandanganmu?

kamu...
aku terkaku kerana kamu
jawapanmu...
hampanya pencarianku
itukah jawapan yang dicari aku?
pedih sakitnya rasa

namun hakiki itu yang perlu aku terima
ya,
itu hakiki,
suatu yang aku perlu akui...

kamu..
jawab aku......
aku moksakah dalam hidupmu?
tidak gembirakah kamu
bila adanya aku?
pernah laparkah kamu bersama aku?
pernah sakitkah kamu
tidak dijaga aku?
tidak pernah..
tidak pernah..

jawab aku..
tidak perlukah ucap terima kasih?
andai aku berlaku baik padamu?
andai aku menantangmu bagai minyak yang penuh?
laku semua demi kamu rasa gembira?
abaikan aku, sentiasa terluka untuk kamu?
jawab aku..

tiada terima kasih darimu..
sebaliknya rasa hina nan hiba darimu..
terima kasih..

aku hanya mahu kamu tahu
aku pentingkan kamu bahagia
aku inginkan kamu gembira

salahnya aku
kerna ingin kamu berterima kasih kepadaku..
betapa salahnya aku...