karya alam yang saujana mata memandang
setiap kali pun bicara tentang maha karya
membataskan realiti juga halusinasi
melarang umat beronar di dalamnya
fauna yang bernyanyi
dengan pelbagai bunyi
kadang mendengus
kadang membisik
bicara sesama mereka
berkata kepada semua
jagalah tingkahmu
jagalah akhlakmu
jangan lupa dari mana datangmu
dan manusia
sesama manusia
tidak juga pernah berhenti berbicara
berkata tentang sesuatu yang tidak dipunya
berlaku tidak adil dan bermain main
lupa tentang segala sesuatu
Sunday, May 31, 2009
Thursday, May 28, 2009
- Matahari Tidak Bercayaha
tangan ku kayuh selaju mungkin
aku hampir terbenam
atau lebih faham
aku sedang lemas
kaki ku kuak mencuba
takut itu datang lagi
mengugut aku
mengertak aku
mentertawa ketakutan aku
di tengah daratan aku sedang karam
tanpa air aku kelemasan
lemas dan karam
kerana aku yang sedang kelam
mungkin aku sedang terlalu leka
mungkin aku sedang menuju jalan alpa
dan sekarang aku bagai tersedar
Ya Maha Agung
Jangan biar aku terluka
Hanya kerana aku sering terlupa
Sunday, May 24, 2009
- bilamana Manusisa!
bagai mentari sejengkal di atas kepala
bahang kepanasan membakar semua
semua yang di depan mata
walau sekarang malam tanpa cahaya
diri bereaksi sendiri
tak tetap duduk
tak tenang berdiri
peluh nipis menitis
tak disuruh
tak juga dihalang
aku biarkan
menanti hari esok..
langkah menjadi longlai
malas bergilir singgah
lelah dan lemah
risaukan anak
dibelai tanda sayang
dipukul tanda cinta
diajar kerna itu yang sepatutnya..
tapi itu semua perkara dulukala..
memberi
ini perkara kini
sayang terbukti bila memberi
dan pinggirkan didikan yang sepatutnya..
ini fikiran aku
bila lihat
bila dengar
bila rasa
manusia
hanya meninggal sisa
fikirlah...
andai kau semua manusia...
bahang kepanasan membakar semua
semua yang di depan mata
walau sekarang malam tanpa cahaya
diri bereaksi sendiri
tak tetap duduk
tak tenang berdiri
peluh nipis menitis
tak disuruh
tak juga dihalang
aku biarkan
menanti hari esok..
langkah menjadi longlai
malas bergilir singgah
lelah dan lemah
risaukan anak
dibelai tanda sayang
dipukul tanda cinta
diajar kerna itu yang sepatutnya..
tapi itu semua perkara dulukala..
memberi
ini perkara kini
sayang terbukti bila memberi
dan pinggirkan didikan yang sepatutnya..
ini fikiran aku
bila lihat
bila dengar
bila rasa
manusia
hanya meninggal sisa
fikirlah...
andai kau semua manusia...
Friday, May 22, 2009
- Rakus
Perasaan entah di mana
Fikiran entah ke mana
Angin itu aku tak rasa
Walau rambut diselak kerna tiupanya
Panaskah hari ini
Dinginkah hari ini
Semua aku tak dapat nikamti
kerna hati gundah memikirkan kesilapan diri
Maaf bukan aku sengaja
Mungkin kerana aku terlalu teruja
Kedatanganmu benar benar buat aku gembira
Dan kerna kesilapnku
Jangan kau merajuk terlalu lama
Kerna tingkahmu itu buat ku merana
Maaf hanyalah yang aku mampu
Tuturkan kata hanya untukmu
senyumlah agar aku mampu ketawa
Senyumlah kerna ia akan buat aku ceria
Akan ku tunai segala pintamu
Akan ku gadai segala milikku
Andai itu akan hilangkan rajukmu
Bukan kerna aku cinta padamu
Tapi kerna aku sudah mula menghargaimu
Wednesday, May 20, 2009
- Ungu Warnanya,Terbaik Untukmu
gegak gempita tidak kau hirau
badai menderu kau tak seriau
lagi kau lagak bagai sang rimau
hakikinya kau manusia
berotak dalam kotak
degil tidak teragak
benak tidak menggelegak
beku fikir kau sudah ku masak
langit kau tuju biar berjuta batu
dengan usahamu yang hanya satu
dakyah kau bawa engkau seru
bukan optimis tapi pesimis cara kau menyerbu
woi!!
angkat keningmu tanda kau marah kah?
lontar tanganmu tanda kau kuat kah?
tinggi suaramu tanda kau raja kah?
egois itu peribadi kau
kau fikir kau protagonis?
dalam hidup kau yang mengais?
kau hina aku dulu berharap
secebis bantuan agar tidak tertiarap
kini kau entah bagai si kurap
namun kau masih leka menderap
bagai kuda kepang yang mempersembah menghadap
aku bukan sesiapa
bukan orang tuamu punya kuasa
bukan jua darah dagingmu seperut sama
apatah lagi rakan yang seusia
namun aku insan punya rasa
memberi kata peringat agar kau tidak tersasar
bukan kerna aku sebaik manusia
tapi kerna aku jua pernah gagal lalai dek usia
mujur aku tidak terlalu terlanjur
mujur gaung itu masih dapat ku daki naik
untuk itu aku cuba sedarkanmu
agar kau tahu
hidup mungkin tidak seperti yang kau mahu
kerna
itulah kehidupan yang telah direncanakan
oleh Tuhan sekelian alam
bila mana jalan depanmu semakin gelap
berhentilah sebentar
carilah cahaya atas kepalamu
mungkin kau dapat jalan yang baru
Tuesday, May 19, 2009
- Kuatkah?
bestari setiap ciptaan
mana mungkin terfikir dek insan
kalimah maha menunjuk keagungan
menunduk makhluk
membukti kekuatan
lupa manusia
alpanya kita
ngomong kecil
ngomong besar
namun sama
semuanya percuma
omongan belaka
kau tersangat mampukah?
aku apa lebihnya?
mereka jua
tak terkeluar dari kotak ketidak-mampuan
tapi mengapa masih bicaranya besar?
kadang sehingga merasa diri teratas..
kadang mandang hina pada yang masih di bawah
kau kata ini revolusi
kau bilang ini satu resolusi
sebenarnya kau sedang mengejar ambisi
peralatkan akal yang lain untuk sendiri
aku peduli kah bila kau begini?
ya aku peduli kerna kau jua aku sayangi
ya aku peduli kerna aku tak mahu lihat kau
membakar membunuh harapan sendiri
bangkitlah dari berkhayal
bangkitlah lihat reality
jangan asyik hidup dalam alam kau sendiri
kelak kau sendiri yang rugi
kelak kau sendiri akan menangisi
Monday, May 18, 2009
- Aku Pejam
bagai tenang air di kali
riak yang kecil pun mudah dicari
dititis akan beriak
dikuis apatah lagi
tak termampu sembunyikan apa apa
kerna keadaan akan menceritakan segala
sembunyikan dalam limpahan
berkocak air dikaki bukit
tak terduga apa di dalam
berderu deras tak terkejar
mengalir membawa segala bersama
menyembunyikan rasa jua akal yang bergolak
di balik arus yang membuak
kesilapan lansung setiap kali pun
kelupaan pada arahan
ke-endahan pada sesuatu yang sepatut
jauh meletak sendiri
berpinar dalam kabut fantasi
akhirnya tinggallah sesal tak tertanggung
bukan dipinta untuk gerhana
tak pernah terduga untuk celaka
namun masih salah sendiri
kerna cuai muhasabah diri
kerna abai nasihat perbaiki
tidak fikir untuk hari ini
lebih elok dari kelmarin
hari esok akan hadir jua
walau hari ini enggan untuk pergi
jangan aku takut untuk menghadapi
walau mungkin salah dalam laku
kerna aku kan manusia
yang penting aku berdiri
yang penting aku menyedari
yang penting aku tahu
aku tidak mahu buat lagi!
amen!
semoga dimakbul tuhan...
Friday, May 15, 2009
- Bergelimpangan
masih aku ingati
semua yang berlaku tika itu
bila semua gembira tanpa rasa benci
pabila semua ketawa tanpa rasa iri
apabila kegembiraan menguasai hati
tidak lagi aku lupa
tiada gundah antara kita
cerianya wajah bila bersama
bagai dunia terwujud hanya untuk kita
semua adalah memori
hanya sesuatu yang sedang aku jauhi
keindahan yang tidak pernah abadi
keseronokan tika diri sesat sendiri
dalam ketawa
dalam ceria
dalam kegilaan
remaja...
namun
tidak lagi kuingat sepenuhnya
banyak jua hilang entah ke mana
mungkin dibawa angin kemarahan
mungkin dibaham bayu pengkhianatan
sebuah perhubungan tiada kejujuran
sebuah perhubungan tiada kepercayaan
semuanya tersembunti sejuta hikmah
masih ku nanti meredhakan
pementasan yang telah diaturkan
janji masih lagi janji
bukan piutang membeban rasa
aku,
tidak sakitkah?
aku,
sudah tidak sakitkah?
Monday, May 11, 2009
- Karma
Dari kamar hati
Bertanya rasa ingin tahu tentang perhubungan
Bertanya rasa ingin tahu tentang kasih sayang
Bertanya rasa ingin tahu tentang kepercayaan
Tertunduk jiwa
Bila mana jawapan rasa tak dapat dicari
Bila mana keinginan rasa tak dapat dipenuhi
Bila mana perasaan rasa tak dapat diselami
Berbicara akal
Tenangkan jiwa
Damaikan rasa
Agar jiwa kembali segar
Agar rasa tidak sendiri
Dan hati
Terpulang kepada ketiganya
Kerna hati hanya akan percaya
Pada akal yang bicara
Setelah jiwa tersenyum
Pabila rasa menguntum
Hati tentang perasaan
Hati berlandaskan kejiwaan
Hati berasakan akal fikiran
Terpeliharalah hati
Bila semua di landasan keimanan
Aku mohon
Aku dilandasan yang benar
Ya TUHAN....Amennnn!
Wednesday, May 06, 2009
- Kiraan Ini
Friday, May 01, 2009
- Habis!
Jari jemari ku pantas menari
Cuba selari dengan fikiranku yang berlari
Cuba keluar dari kotak akal yang asasi
Masih sangsi walau aku sedari
Hidup ini cuma sekali
Aku adalah aku
Bukan BisoBonar yang penuh pengalaman
Bukan Tirana yang banyak cerita berguna
Bukan juga Mutiara indah perjuangkan jihad agama
Ingin benar aku seperti KakiSyurga
Cuba mengingatkan antara sesama manusia
Pernah ku fikir untuk bersuara
Menghargai Luahan Rasa Nukilan Jiwa
Namun aku tetap aku
Insan yang sering untuk terlupa
Bagusnya jika kreatif bila berbicara
Bagai CabikLunik yang bagai bersaudara dengan bahasa
Bagus juga andai aku tahu segala
Boleh menulis untuk berJasa
Namun aku tetap aku
Insan yang sering untuk terlupa
Dunia oh dunia
Mana cahaya mana pelita
Pandangan manusia sesama manusia
Ini impian bukan Cerita Kaki Lima
Bukan juga suara lantang tanpa timbang tara
Bukan Samseng Kampung Dusun punya cerita
Tapi idea aku tentang dunia dan dunia
Namun aku masih tetap aku
Nukilkan apa dalam benakku
Mengharapkan kasih dari yang Satu
Subscribe to:
Posts (Atom)