Monday, February 23, 2009

- Ikan Goreng Kegemaranku =)




hari ini dalam diari kehidupan
satu lagi episod baru hidup ini
dengan epilognya yang haru
biru, hitam, juga pelbagai warna lain..
namun aku sangat gembira juga..

hujan itu kawannya angin
malam itu sahabatnya sejuk
dan aku meredah keduanya
untuk satu perjalanan yang perlu

demi ibu tersayang
aku rentas tanpa fikirkan akibat
aku lelah tapi masih tabah
mungkin aku terlalu rindu
mungkin jua kerna terlalu letih
jadi aku pulang untuk mengadu
pada ibu..

ibu,
terima kasih untuk lauk ikan gorengmu
itu adalah yang terbaik
yang paling enak
aku tak takut pergi lagi
kerna tahu ibu ada untukku
walau kemana pun aku...

3 comments:

  1. Sedapnya ikan talapia goreng ni...masak cili pun sodap juga..

    ReplyDelete
  2. wa....aku tengah merindu mak aku ..berkira2 nak balik ke tak..hhuhu..aiman menambahkan krinduan..betul2..ikan goreng mak paling sodapppp sekali..hehe..
    maaf aiman,lame tak melawat..pusinya masih bagus2...aku pun bukan pnadai nak mengkritik atau memuji tapi sesuatu yang baik sebenrnya..thanx yah:)

    ReplyDelete

terima kasih