tadi aku bangun dari tidur yang agak panjang
lenaku benar benar jauh membuai aku
mimpi yang datang bertandang jua mengasyikkanku
penat lelah ku semalaman tiada lagi aku rasai
syukur atas nikmat yang di beri..
semalaman aku asyik berfikir maksud kewujudan
semalaman jua aku melayarkan jauh bahtera idealogiku
mengenangkan segala erti yang lama aku cari,
yang selama ini tidak pernah aku sedari..
akal ini diberi oleh Yang MAha ESa untuk mengetahui
dijadikan aku berbeza dengan makhluk yang lain kerana cara aku berfikir
kelihatan lain aku dengan yang lain kerana wujudnya pertelingkahan pendapat
garisan psikologiku yang tidak besar menghimpit diriku kerana tiada pengiktirafan
mindaku selama ini aku bawa jauh dari kotak pemikiran yang biasa
aku jadikan perasaan sebagai sandaran dan hati sebagai pengemudi
mengabaikan akal yang sepatutnya mengetuai dan banyak mengetahui
mengendahkan pertimbangan yang saksama lagi adil
dan membiarkan perbezaan itu dikuasai rasa tidak pernah berpuas hati
akhirnya aku tertinggal dalam duniaku yang tersendiri
bagai baru terjaga dari lenaku jua
aku merasakan aku seperti aku yang baru
aku bagaikan terdengar jeritan benakku dan batinku
aku baru menyedari suatu perkara yang selama ini amat jelas di depanku
rupanya aku bukan diwujudkan untuk berlumba lumba
rupanya aku bukan hadir di dunia untuk mendambakan dunia
rupanya aku bukan terlahir untuk mencari kebanggaan
rupanya aku dicipta bukan untuk melupakan
oleh itu,
selagi kesedaran ini membakar mindaku memberitahu jiwaku
aku sepatutnya tahu, aku sepatutnya sedar, aku sepatutnya jaga
bahawa aku bukan lah amat memerlukan semua
aku sememangnya tidak perlu pengabdiaan dari sesiapa
bahawa aku tidak sepatutnya mengejar apa yang tidak sepatutnya ku kejar
bahawa aku bukan lah lemah andai tiada sesiapa
kerana DIA pasti sentiasa ada...
selamat tinggal kepada semua
selamat tinggal kepada semua
selamat tinggal kepada semua
terima kasih atas pengajaran yang kalian berikan
terima kasih atas pengalaman yang selama ini datang kerana kalian
sesungguhnya aku amat menghargainya
ingatlah padang pemikiran amat luas dan janganlah tersesat
kerana keangkuhan kalian sendiri
kerana kebanggaan kalian selama ini
Thursday, October 30, 2008
Wednesday, October 29, 2008
- PUISI BUAT MAMA
kaku kakiku,
mengatur langkah ke pusara mama
angin pagi yang bertiup lembut
umpama membisikkan sesuatu kpd diriku
seperti mana mama membisikkan kata kasih kepada aku,
pohon kemboja yang memutih
membuatkan jiwaku tenang
setenang hatiku melihat wajahnya
tanpa aku sedari
mengalir deras air mata
membasahi pipi aku
ku cuba utk mengusapi setiap titisan yg mengalir
tenyata ia seolah olah tidak mahu berhenti
dan terus mengalir
mama,
ingin sekali aku mengucupi tgnmu,
ingin sekali aku memelukmu,
dan
ingin sekali aku berada disisimu..
mama
tahukah dirimu,
betapa anakmu ini merindui dakapan mesramu
dakapan yang mampu meruntuhkan
tembok kerisauan yang terbina
dihati ini
mama.
aku merindui kucupan mesramu,
kucupan yg mampu meleraikan segala
gelisah dihati ini..
dan mama
tahukah dirimu,
yang aku tidak mahu kehilanganmu,
aku mahukan mama berada disisi ini selamanya
walaupun itu adalah mustahil
mama
kini aku kehilangan semuanya,
mama telah jauh pergi
meninggalkan diriku
kosong jiwa ini
tiada lagi mama utk memimpin ku
disaat aku jatuh,
tiada lagi mama
untuk mengukirkan kembali
senyuman dibibir
tatkala aku kesedihan
duniaku kosong ma
kini aku sendiri
mengharungi ranjau kehidupan
yg penuh berliku
walaupun berat hatiku melepaskan dirimu pergi,
tapi aku meredhai pemergianmu ma
dan aku memohon
semoga tuhan menempatkan mama
dikalangan orang orang yang beriman.....................
Tuesday, October 28, 2008
-aku buat dirimu....*karya asal yin*
--- Pada Rab, 29/10/08, azrin farouk menulis:
Daripada: azrin farouk
Subjek: AKU..buat dirimu..
Kepada: sendirixx285@yahoo.com
Tarikh: Rabu, 29 Oktober, 2008, 12:33 AM
aku,
hadir dalam dirimu
mungkin hanya seketika
mengisi kotak kotak kehidupan mu
yang hilang di hempas ombak pantai
yang tidak mengerti apa itu belas
aku,
bukan la manusia yang sempurna
aku tidak mengerti
berapa lama lagi yang ada
untuk ku terus bersama diri mu
kerna aku tahu
yang dekat itu
adalah sebuah kematian
yang pasti menjemput
setiap insan
yang bernama manusia
jika itu yang terjadi
satu pinta ku
jangan pernah ratapi pemergianku
tapi terus la senyum wahai kasih
kerna aku pernah hadir
membahagiakan dirimu,
walaupun seketika..dan ia penuh bermakna
Daripada: azrin farouk
Subjek: AKU..buat dirimu..
Kepada: sendirixx285@yahoo.com
Tarikh: Rabu, 29 Oktober, 2008, 12:33 AM
- Alhamdulillah dan Terima Kasih
Bismillahhirrahmanirrahim....
YA TUHAN YANG EMPUNYA SEGALA
di dunia jua di atas segala gala
di dunia jua di atas segala gala
Jutaan kalimah syukur
kehadrat Ilahi yang maha agong
aku bersyukur kerana masih ada tempat sebagai hambamu
aku bersyukur kerana KAU masih mendengar rintihan aku
aku bersyukur kerana aku masih lagi mendapat hidayahMU
kehadrat Ilahi yang maha agong
aku bersyukur kerana masih ada tempat sebagai hambamu
aku bersyukur kerana KAU masih mendengar rintihan aku
aku bersyukur kerana aku masih lagi mendapat hidayahMU
Ribuan ucapan terima kasih
pada kamu yang memberiku harapan
harapan yang nyata menyinari aku
harapan yang lama ku pohon dari yang SATU
pada kamu yang memberiku harapan
harapan yang nyata menyinari aku
harapan yang lama ku pohon dari yang SATU
Aku tahu ini masih tidak memadai
aku jua tahu ini tidak mencukupi
namun aku tetap berucap seihklas hatiku
kepada kamu yang mengajarku
kepada kamu yang memberi erti kepadaku
semoga keihklasan ku dapat memberikan kamu
balasan syurga atas kebaikan kamu
balasan haruman kasturi ke atas diri kamu
aku jua tahu ini tidak mencukupi
namun aku tetap berucap seihklas hatiku
kepada kamu yang mengajarku
kepada kamu yang memberi erti kepadaku
semoga keihklasan ku dapat memberikan kamu
balasan syurga atas kebaikan kamu
balasan haruman kasturi ke atas diri kamu
Ya tuhan ku yang SATU
Aku mohon keredhaan hati dariMu
Aku mohon ketetapan hati dariMU
Aku mohon perlindungan dariMu
Aku mohon KAU ampuni aku
Aku mohon ketetapan hati dariMU
Aku mohon perlindungan dariMu
Aku mohon KAU ampuni aku
atas segala dosaku yang lalu
Ya tuhan ku yang maha Kekal
Aku bersyukur atas kurniaanMu
Ya tuhan ku yang maha Kekal
Aku bersyukur atas kurniaanMu
Aku bersyukur atas rahmatMU
Aku bersyukur atas kesedaran yang KAU berikan padaku
Semoga aku, kamu, mereka, dan kita akan sentiasa dilindungi
dari dugaan yang maha berat lagi maha dasyat
kerana kita nyata tidak mampu melainkan kembali kepadaNYA
Aku bersyukur atas kesedaran yang KAU berikan padaku
Semoga aku, kamu, mereka, dan kita akan sentiasa dilindungi
dari dugaan yang maha berat lagi maha dasyat
kerana kita nyata tidak mampu melainkan kembali kepadaNYA
Amin....Ya Rabbal Alamin.....
Monday, October 27, 2008
- PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI
aku jangan marahkan situasi yang tidak boleh disalahkan, macam pada mak dan abah...
sebab ini bukanlah permintaan siapa siapa dan ia pasti tidak berubah
aku jangan dendam selama lama, macam pada dia adik yang tak diakui...
sebab nanti tuhan balas balik dengan kekesalan yang melampaui
aku jangan kejar pandangan mereka untuk dunia, macam yang selalu aku angankan...
sebab semua tu hanya mainan dan senjata syaitan untuk menjatuhkan
aku jangan lagi ikut hati dan rasa, macam buat hal sendiri tak endah mereka...
ia umpama racun reputasi dan menyiksa jiwa
aku akan tetap aku yang sama, macam dulu macam mula mula aku jumpa semua...
tidak kiralah siapa yang aku jumpa
aku akan tetap buat apa yang aku kata, macam apa yang aku kata...
cuma lah kalau bukan sekarang pasti nanti suatu masa
aku tak perlu risau bila orang mengata, macam apa yang mereka kata...
kerana mereka hanya ingin menutup kelemahan mereka
aku akan terima semua yang menasihati, macam kesilapan sendiri....
tapi untuk terima semua sekali itu aku tak boleh janji
aku buat semua ada sebab musababnya, macam yang aku selalu buat...
tapi semua tak akan faham dan mereka akan hanya rasa meluat
aku jangan kisah hal orang lain, macam aku kisah hal dia...
sebab nanti aku takkan ada masa untuk hal diri sendiri lagipun semua rasa tak puas hati
aku jangan bias dengan sesiapa, macam yang sedang terjadi sekarang ini...
bukan apa ramai yang akan menuding jari
aku jangan selalu ambil hati, macam yang selalu selalu terjadi...
nanti aku takkan tua sampai mati, susah nanti
aku jangan buat palat pada diri aku sendiri, macam yang diperkatakan...
sudah tiba masa aku ampunkan diri dan buat permulaan
aku jangan manipulasi mereka yang lain, macam apa yang mereka labelkan...
yang ini terpulang sebab aku memang aku jadi terpulang pada apa yang mereka fikirkan
aku mesti ingat, sendiri salah sendirilah tanggung akibat...
hurm ini akan buat aku selalu minta maaf dan terima akibat..hurm....
Sunday, October 26, 2008
- *CINTA AKU*
bila cinta menari nari
rancaknya rasa di hati menyayangi
bila rindu itu memenuhi
segarnya perasaan di dalam diri
cinta itu suatu pemberian
dari DIA yang maha penyayang
ia mengajar kita untuk merasakan
apa itu kasih dan sayang
bayang sesal sentiasa mengekori
tidak pernah sesekali berhenti
sesal aku kerna baru ku erti
betapa aku mencintai
Tuhan tegarkan aku
jangan pernah biar aku melepasi
batasan mimpi dan realiti
kerna aku tidak mahu menyesali
saat aku tidak lagi mencintai
sesuatu yang tidak mungkin aku cintai
jua sesuatu yang sentiasa aku mimpi
- KE LUAR TINGKAP ITU
ke luar tingkap
aku melihatmu
aku memandangmu
dan saat itu
aku benar benar
aku sungguh sungguh
berharap
kamu...
lihatlah aku
pandanglah aku
senyumlah kepadaku
ke luar tingkap
aku terus lontarkan pandangnganku
aku terus pakukan pandangnganku
aku cuba cuba tersenyum
aku benar benar berharap
kamu...
lihatlah aku di sini
aku di dalam sini
tolehlah walau sekali
tolehlah aku di dalam sini
aku dambakan hatimu
aku ingin milikimu
aku ingin dimilikimu
waalu aku tahu
ia tidak kan bisa begitu
aku tidak mungkin mencapai dirimu...
aku tidak mungkin dirasakanmu...
kamu tidak mungkin mahu aku...
ke luar tingkap itu
aku kumpul kekuatanku
aku lontar memoriku
cuba tinggalkan kenanganmu
cuba tinggalkan perasaanku
tapi bisakah aku???
kerana aku amat menyintaimu
kerana aku amat mengininkanmu
kerana aku amat mahu dirimu
maafkan aku yang tidak mampu
untuk buangkan rasa sayangku
maafkan aku yang masih mencintaimu
maafkan aku yang akan terus menyayangimu...
aku melihatmu
aku memandangmu
dan saat itu
aku benar benar
aku sungguh sungguh
berharap
kamu...
lihatlah aku
pandanglah aku
senyumlah kepadaku
ke luar tingkap
aku terus lontarkan pandangnganku
aku terus pakukan pandangnganku
aku cuba cuba tersenyum
aku benar benar berharap
kamu...
lihatlah aku di sini
aku di dalam sini
tolehlah walau sekali
tolehlah aku di dalam sini
aku dambakan hatimu
aku ingin milikimu
aku ingin dimilikimu
waalu aku tahu
ia tidak kan bisa begitu
aku tidak mungkin mencapai dirimu...
aku tidak mungkin dirasakanmu...
kamu tidak mungkin mahu aku...
ke luar tingkap itu
aku kumpul kekuatanku
aku lontar memoriku
cuba tinggalkan kenanganmu
cuba tinggalkan perasaanku
tapi bisakah aku???
kerana aku amat menyintaimu
kerana aku amat mengininkanmu
kerana aku amat mahu dirimu
maafkan aku yang tidak mampu
untuk buangkan rasa sayangku
maafkan aku yang masih mencintaimu
maafkan aku yang akan terus menyayangimu...
- SYURGAKU
Langkah demi langkah di atur
perlahan lahan dengan harapan
berjalan meninggalkan persinggahan
berjalan mendekati tempat tujuan
Angin yang lalu manyapa
dirasa dan dibiarkan sahaja
masa pantas menghambat
memberitahu juga memperingat
Agar tidak pernah leka
agar tidak pernah alpa
Tapi aku tidak tahu
mungkin aku yang tidak pernah tahu
apa arah tujuan ku?
ke mana harus ku tuju?
untuk apa kewujudan ku?
Apakah aku sedang keliru?
atau aku yang sentiasa keliru?
aku sendiri tidak tahu
mungkin aku sendiri yang tidak pernah tahu...
Siapa di sana yang dapat membantu?
siapa di sana yang bisa memberitahu?
siapa siapa sahaja yang mampu...
Sedarkan aku..
bangunkan aku..
kerana aku tidak mahu..
tidur dan tidur dan tidur...
Pimpin tanganku
bawa daku ke tempat itu
tunjukkan aku
arah sepatutnya untuk aku tuju
bisikkan ke telingaku
jalan yang mana satu
Aku mahu jadi hambaNya yang redha
Aku mahu jadi hambaNya yang tidak lagi berdosa
Aku mahu jadi hambaNya yang dapat balasan syurga
Sudah terlalu lama aku tertidur..
Aku nyata tidak mampu sendiri bangun..
perlahan lahan dengan harapan
berjalan meninggalkan persinggahan
berjalan mendekati tempat tujuan
Angin yang lalu manyapa
dirasa dan dibiarkan sahaja
masa pantas menghambat
memberitahu juga memperingat
Agar tidak pernah leka
agar tidak pernah alpa
Tapi aku tidak tahu
mungkin aku yang tidak pernah tahu
apa arah tujuan ku?
ke mana harus ku tuju?
untuk apa kewujudan ku?
Apakah aku sedang keliru?
atau aku yang sentiasa keliru?
aku sendiri tidak tahu
mungkin aku sendiri yang tidak pernah tahu...
Siapa di sana yang dapat membantu?
siapa di sana yang bisa memberitahu?
siapa siapa sahaja yang mampu...
Sedarkan aku..
bangunkan aku..
kerana aku tidak mahu..
tidur dan tidur dan tidur...
Pimpin tanganku
bawa daku ke tempat itu
tunjukkan aku
arah sepatutnya untuk aku tuju
bisikkan ke telingaku
jalan yang mana satu
Aku mahu jadi hambaNya yang redha
Aku mahu jadi hambaNya yang tidak lagi berdosa
Aku mahu jadi hambaNya yang dapat balasan syurga
Sudah terlalu lama aku tertidur..
Aku nyata tidak mampu sendiri bangun..
Friday, October 24, 2008
- Nukilan Bangau Hitam Yang Satu
Tiada ku lafaz meminta dari sesiapa
tidak pernah terdetik niat dan ingin
untuk aku wujud dalam kalangan semua
berbeda, berlainan cara bak bangau hitam
Salah aku selalu mengucapkan
bencikan diri hampa dengan kehidupan
kerana aku hanya suatu ciptaan
mengenang diriku si bangau hitam
ku cuba terbang ke langit bersama bangau yang lain
bersama bangau putih cantik berseri
namun aku jauh ditinggal seakan dibenci
jauh jua aku menjauh mendiam dan membenci diri
hanya kerana aku ini si bangau hitam
Tanpa hala tanpa tuju aku mengagah melangkah
bersama hanya bayang bayang ku sendiri
yang setia mengekori tidak jemu menemani
mencari hati yang mungkinkan sudi
menerima dan menemani aku ini
aku si bangau hitam...
Tuhan
aku ini amat pasti
kau pemurah penyayang lagi pengasih
untuk itu aku tidak akan pernah berhenti
hati ini akan kuat dan sentiasa mengerti
ujian kau getir penuh dengan teka teki
namun rahmat banyak tersembunyi
dan ini aku pasti
yang aku tidak akan berhenti mencari ruang untuk sendiri
Aku si bangau hitam
aku indah hanya di ukiran
namun biar apa aku di mata
aku adalah diriku yang dicipta
untuk itu aku menerima seadanya
walau aku si bangau hitam
tidak pernah terdetik niat dan ingin
untuk aku wujud dalam kalangan semua
berbeda, berlainan cara bak bangau hitam
Salah aku selalu mengucapkan
bencikan diri hampa dengan kehidupan
kerana aku hanya suatu ciptaan
mengenang diriku si bangau hitam
ku cuba terbang ke langit bersama bangau yang lain
bersama bangau putih cantik berseri
namun aku jauh ditinggal seakan dibenci
jauh jua aku menjauh mendiam dan membenci diri
hanya kerana aku ini si bangau hitam
Tanpa hala tanpa tuju aku mengagah melangkah
bersama hanya bayang bayang ku sendiri
yang setia mengekori tidak jemu menemani
mencari hati yang mungkinkan sudi
menerima dan menemani aku ini
aku si bangau hitam...
Tuhan
aku ini amat pasti
kau pemurah penyayang lagi pengasih
untuk itu aku tidak akan pernah berhenti
hati ini akan kuat dan sentiasa mengerti
ujian kau getir penuh dengan teka teki
namun rahmat banyak tersembunyi
dan ini aku pasti
yang aku tidak akan berhenti mencari ruang untuk sendiri
Aku si bangau hitam
aku indah hanya di ukiran
namun biar apa aku di mata
aku adalah diriku yang dicipta
untuk itu aku menerima seadanya
walau aku si bangau hitam
Wednesday, October 22, 2008
- coretan buat KAU
ini coretan buat KAU
kau yang sahabat dimata semua
kau yang dinobat sebagai saudara
kau yang diibarat kebaikan dunia
bila aku bersama
kau jadi luar biasa
jadikan aku tidak berdaya
letakkan bebanan di kepala
dan bersikap membeza beza
ini adalah satu rasa..
dan aku yang paling terasa
seakan kau teguh keras bila melafazkan
tiada ragu dalam perbualan
tiada salah dalam perbuatan
pada kau yang lain itu kesalahan
bahan jenaka yang diketawakan
kau bilang kau bukan yang terbaik
tapi kau tunjukan yang lain itu tidak sebaik diri kau
masih fikiran kau sahaja tiada kesilapan
dan yang lain teraba raba mencari kebenaran
kau benci dikata bergantung pada yang lain
tapi kau suka memperkatakan
tentang yang lain itu bergantungan
dan tidak pernah kau sedar
kau juga menghulur tangan
mengapai bantuan
kau angap bantu membantu itu ialah mempergunakan
sedangkan kau tidak pernah lari dari mempergunakan
dan sentiasa mencari peluang untuk mempergunakan
hanya kau yang tidak merasakan, tidak memikirkan
kerana mempergunakan dan kau adalah kebiasaan
kau asyik menjatuhkan
dan kau anggap itu sebagai gurauan
hah??guraun dengan niat menjatuhkan
gurauan yang nyata memperlekehkan
dan ia amat memilukan, menyakitkan
kau ketawa
itu amat menyedihkan
kerana ketawa kau menghina
kau siniskan pandangan
itu amat menjatuhkan
seakan yang lain silap sentiasa
kau berkata yang baik
itu amat mengelirukan
kerana niat mu jelas mengena
bukalah topeng kau
hebahkanlah niat kau
jangan lagi kau memandang hina
sinis dan mereka reka
berilah peluang
agar yang lain mampu berjalan
kepada matlamat mereka
hargailah apa yang diberikan
jangan asyik menjatuhkan
kerna aku, kau, dan kita
semua makhluk tuhan
bukan yang terbaik
bukan tiada kesilapan
kau yang sahabat dimata semua
kau yang dinobat sebagai saudara
kau yang diibarat kebaikan dunia
bila aku bersama
kau jadi luar biasa
jadikan aku tidak berdaya
letakkan bebanan di kepala
dan bersikap membeza beza
ini adalah satu rasa..
dan aku yang paling terasa
seakan kau teguh keras bila melafazkan
tiada ragu dalam perbualan
tiada salah dalam perbuatan
pada kau yang lain itu kesalahan
bahan jenaka yang diketawakan
kau bilang kau bukan yang terbaik
tapi kau tunjukan yang lain itu tidak sebaik diri kau
masih fikiran kau sahaja tiada kesilapan
dan yang lain teraba raba mencari kebenaran
kau benci dikata bergantung pada yang lain
tapi kau suka memperkatakan
tentang yang lain itu bergantungan
dan tidak pernah kau sedar
kau juga menghulur tangan
mengapai bantuan
kau angap bantu membantu itu ialah mempergunakan
sedangkan kau tidak pernah lari dari mempergunakan
dan sentiasa mencari peluang untuk mempergunakan
hanya kau yang tidak merasakan, tidak memikirkan
kerana mempergunakan dan kau adalah kebiasaan
kau asyik menjatuhkan
dan kau anggap itu sebagai gurauan
hah??guraun dengan niat menjatuhkan
gurauan yang nyata memperlekehkan
dan ia amat memilukan, menyakitkan
kau ketawa
itu amat menyedihkan
kerana ketawa kau menghina
kau siniskan pandangan
itu amat menjatuhkan
seakan yang lain silap sentiasa
kau berkata yang baik
itu amat mengelirukan
kerana niat mu jelas mengena
bukalah topeng kau
hebahkanlah niat kau
jangan lagi kau memandang hina
sinis dan mereka reka
berilah peluang
agar yang lain mampu berjalan
kepada matlamat mereka
hargailah apa yang diberikan
jangan asyik menjatuhkan
kerna aku, kau, dan kita
semua makhluk tuhan
bukan yang terbaik
bukan tiada kesilapan
Tuesday, October 21, 2008
- *aku-duniaku*
layangkan aku bersama angin
terbangkan aku di celah awanan
biar angin yang mengetahui
biar awan yang menyayangi
cahaya itu di mana terangnya
andai aku sendirian sentiasa
tiada dalam fikiran sesiapa
tiada dalam ingatan sesiapa
biarkan aku dengan duniaku
bersama akal dan fikiranku
minda ku di mana
siapa yang tahu
hati ku di mamah pun
siapa yang tahu
dunia ini adalah duniaku
selagi tiada siapa yang ambil tahu
dunia ini adalah duniaku
kerna semua hanya membisu
melihat aku dengan duniaku
biarkan aku dengan duniaku
bersama akal dan fikiranku
minda ku di mana
siapa yang tahu
hati ku di mamah pun
siapa yang tahu
oh angin terbangkan aku
jauh dari dunia yang haru
oh awan temani aku
bersama mimpi aku dengan duniaku....
terbangkan aku di celah awanan
biar angin yang mengetahui
biar awan yang menyayangi
cahaya itu di mana terangnya
andai aku sendirian sentiasa
tiada dalam fikiran sesiapa
tiada dalam ingatan sesiapa
biarkan aku dengan duniaku
bersama akal dan fikiranku
minda ku di mana
siapa yang tahu
hati ku di mamah pun
siapa yang tahu
dunia ini adalah duniaku
selagi tiada siapa yang ambil tahu
dunia ini adalah duniaku
kerna semua hanya membisu
melihat aku dengan duniaku
biarkan aku dengan duniaku
bersama akal dan fikiranku
minda ku di mana
siapa yang tahu
hati ku di mamah pun
siapa yang tahu
oh angin terbangkan aku
jauh dari dunia yang haru
oh awan temani aku
bersama mimpi aku dengan duniaku....
- Aku, kamu, dan apa yang aku rasakan tentang aku dan kehidupanku..sesuatu yang tidak mungkin difahami...
Kehidupan ini penuh dengan ranjau, duri, pahit, manis, dan segala yang pelbagai. Penulisan ini adalah apa yang aku rasakan pada kehidupan aku. Entah gembira atau pun tidak, aku sendiri pun tidak pasti. Terpulang pada penilaian masing masing yang membaca penulisan ini.
Terlebih dahulu ingin aku perkenalkan diri aku kepada aku sendiri dan siapa sahaja yang mungkin terbaca hasil penulisan ini. Aku adalah anak kepada ayah dan ibuku, seorang adik, juga seorang abang kepada adik adikku. Penuh dengan perasaan ingin tahu tentang perkara yang logik dan sebaliknya, serta amat dahagakan perasaan di hargai. Bertubuh kecil dan tidak bergaya adalah diri aku. Tidak pernah menjadi perhatian sesiapa dan kewujudan aku hanya dirasai oleh aku. Lelaki yang senantiasa mencari kehidupan dan amat malas adalah sifat aku.
Jika ditanya apakah kelebihan aku, maka aku dengan yakin menjawab aku adalah "black sheep" yang selalu menimbulkan masalah kepada keluarga dan rakan rakanku. Itu adalah kelebihan aku. Kalau aku atau kamu selalu mendengar cerita tentang "Mr. Nice Guy", aku boleh menjadi yang sebaliknya. Aku selalu melakukan kesilapan dan mereka yang mengelar diri mereka sebagai rakanku selalu menyatakan betapa mereka lebih suka kehidupan tanpa aku. Malah aku lebih dikenali kerana kebencian terhadap aku dan perasaan tidak suka kepada aku. Betullah kata orang, apabila kita di benci kita lebih mudah dingati. (lalala)
Itu pandangan aku tentang diri aku. Namun sesungghnya aku sentiasa berdoa agar suatu hari nanti aku diberi peluang untuk berbuat jasa kepada diri aku dan mereka yang di sekelilng aku. Insya Allah...
Namun berbeza pula pandangan mereka yang mengenali aku. (Bukan semua berbeza) Antaranya aku di katakan sebagai seorang manipulator yang tidak baik atau kata lainnya jahat. Ada yang melabelkan aku sebagai seorang yang tidak akan berjaya. Ada juga yang mengataka aku membawa malang kepada sesiapa yang bersama aku. Apa pun pandangan mereka, aku adalah diriku dan aku sentiasa dengan duniaku.
Kegemaranku adalah bermain catur dan aku selalu menganggapkan kehidupan ini sebagai gelanggang perlawanan caturku. Jadi aku sentiasa hidup dengan perasaan ingin membela diri sendiri. "Selfish" bukan perkataan yang sesuai untuk aku sebaliknya tolong menolong dan saling mempergunakan adalah sinonim dengan diriku.
Dan, inilah Aku.
Sepanjang perjalan penuh dugaan aku jarang dan sentiasa mencuba untuk tidak berputus asa. Sehingga sekarang, aku masih lagi meneruskan sisa kehidupan aku yang aku sendiri tidak pernah sukakannya. Namun apa yang ditakdirkan adalah apa yang perlu aku dan kita semua lalui. (Walau bagaimana pun, apa yang ditentukan itu masih dapat kita ubahkan dengan usaha dan doa kepada tuhan.) Ini adalah kehidupan yang aku dan kita semua lalui. Jangan sekali kali merasakan diri tidak mampu kerana tidak terwujud suatu masalah yang mustahil untuk diselesaikan.
Satu peringatan dari seseorang yang aku kenali dan mungkin jua dikenali oleh semua, semua yang dicipta ada sebab, akibat, dan kesan serta jalan penyelesaiannya. Terpulang pada akal kita untuk memutarkan keadaan yang tidak baik kepada sebaliknya ataupun sebaliknya. Apa pun aku diingatkan untuk tidak mudah melatah atau melencong keluar dari rona kehidupan yang betul serta tidak brputus asa sekiranya berlaku perkara yang diluar perhitungan aku. Hurm... Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Itu adalah apa yang aku percaya. Kata hikmat yang selalu aku gunakan untuk diriku adalah "rileks..,everything under control.." Ayat ini membuatkan aku terus berusaha dan mencuba dan terus mencuba.
Kehidupan adalah tidak pernah adil. Ini suatu fahaman dan pemikiran aku. Dan ini, hanaya berlaku apabila aku melakukan sesuatu tanpa keikhlasan yang sepenuhnya. Namun adalah tidak mustahil aku, kita semua, tidak mendapat sesuatu kebaikan daripada kebaikan yang kita lakukan. Jadi janganlah aku, kita semua, mengharapkan balasan untuk apa yang kita lakukan.
Kehidupan jua mengajar aku untuk tidak meramalkan apa yang akan berlaku atau mengandaikan perkara yang akan berlaku. Hanya tuhan yang tahu perkara di masa hadapan. Redha dan menerima adalah cara terbaik untuk mengatasi sesuatu perkara yang kurang baik. Ini pendapat aku..
Aku berpandangan aku sangat pandai dalam membuat keputusan. Namun hakikatnya, aku selalu membuat keputusan yang salah. Berdasarkan feedback dari mereka yang melalui sesuatu masalah dengan aku, keputusan yang aku lakukan sentiasa tidak tepat dan teruk. Perkataan terima kasih (dengan perasaan ikhlas) antara sesuatu yang aku idamkan. Dan, aku amat jarang menerimanya dari mereka yang penting dalam kehidupan aku. Haha...
Banyak lagi yang aku rasakan tentang kehidupan dan diri aku yang aku sendiri tidak pasti ianya suatu kebaikan atau keburukan. Tapi aku percaya selagi keinginan untuk melakukan kebaikan terwujud dalam hati dan minda aku, aku masih seorang yang positif dan baik. Dan, aku tetap dengan duniaku walau apa pun yang diperkatakan tentang diri aku.
Dan, inilah apa yang aku rasakan tentang kehidupan dan diriku...Terpulang kepada kita untuk melakukan, memikirkan, serta menentukan kehidupan kita. Apa yang penting kita tahu setakat mana keupayaan kita dan jangan pernah merasakan kita tidak berdaya...
- aku duniaku
aku menulis bukan untuk sesiapa tapi untuk diriku...
aku menulis bukan untuk memberitahu orang di sekeliling aku tapi hanya untuk ingatan aku..aku, ingatlah aku ini amat kecil di dunia dan kehidupan aku jua amat kecil untuk di lihat..
aku, ingatlah ramai yang membenci kerana kekurangan diriku..
aku, ingatlah tuhan menyukai aku yang sentiasa mengingati tuhan..
aku, ingatlah manusia semua sama dan tiada beza dan janganlah aku membeza bezakan mereka sesama mereka..
aku, ingatlah dunia ini bukan dicipta untuk aku sendirian sahaja tapi untuk semua agar semua dapat menikmati apa yang ada..
aku, janganlah erlalu mengejar dunia kerana dunia ini sesungguhnya fana..
aku, janganlah aku terlalu mendengar kata kata manusia yang selainnya sebaliknya percayalah apa yang aku percaya..
aku, janganlah terlalu takut menghadapi kata kata mereka yang sentiasa ingin menjatuhkan aku kerana ini amat merugikan diriku..
aku, janganlah takut kepada kesalahanku sebaliknya belajarlah daripadanya kerana ini akan membantu aku untuk terus hidup..
aku, sayangilah diri sendiri lebih dari segala apa yang di dunia tanpa mengabaikan kedua ibu bapaku..
aku, sentiasalah berpesan kepada diriku agar aku tidak pernah alpa dalam kehidupanku..
aku, berserahlah pada yang amat esa kerana dia amat mengetahui segala galanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)