Tuesday, October 21, 2008

- Aku, kamu, dan apa yang aku rasakan tentang aku dan kehidupanku..sesuatu yang tidak mungkin difahami...



Kehidupan ini penuh dengan ranjau, duri, pahit, manis, dan segala yang pelbagai. Penulisan ini adalah apa yang aku rasakan pada kehidupan aku. Entah gembira atau pun tidak, aku sendiri pun tidak pasti. Terpulang pada penilaian masing masing yang membaca penulisan ini.

Terlebih dahulu ingin aku perkenalkan diri aku kepada aku sendiri dan siapa sahaja yang mungkin terbaca hasil penulisan ini. Aku adalah anak kepada ayah dan ibuku, seorang adik, juga seorang abang kepada adik adikku. Penuh dengan perasaan ingin tahu tentang perkara yang logik dan sebaliknya, serta amat dahagakan perasaan di hargai. Bertubuh kecil dan tidak bergaya adalah diri aku. Tidak pernah menjadi perhatian sesiapa dan kewujudan aku hanya dirasai oleh aku. Lelaki yang senantiasa mencari kehidupan dan amat malas adalah sifat aku.

Jika ditanya apakah kelebihan aku, maka aku dengan yakin menjawab aku adalah "black sheep" yang selalu menimbulkan masalah kepada keluarga dan rakan rakanku. Itu adalah kelebihan aku. Kalau aku atau kamu selalu mendengar cerita tentang "Mr. Nice Guy", aku boleh menjadi yang sebaliknya. Aku selalu melakukan kesilapan dan mereka yang mengelar diri mereka sebagai rakanku selalu menyatakan betapa mereka lebih suka kehidupan tanpa aku. Malah aku lebih dikenali kerana kebencian terhadap aku dan perasaan tidak suka kepada aku. Betullah kata orang, apabila kita di benci kita lebih mudah dingati. (lalala)

Itu pandangan aku tentang diri aku. Namun sesungghnya aku sentiasa berdoa agar suatu hari nanti aku diberi peluang untuk berbuat jasa kepada diri aku dan mereka yang di sekelilng aku. Insya Allah...

Namun berbeza pula pandangan mereka yang mengenali aku. (Bukan semua berbeza) Antaranya aku di katakan sebagai seorang manipulator yang tidak baik atau kata lainnya jahat. Ada yang melabelkan aku sebagai seorang yang tidak akan berjaya. Ada juga yang mengataka aku membawa malang kepada sesiapa yang bersama aku. Apa pun pandangan mereka, aku adalah diriku dan aku sentiasa dengan duniaku.

Kegemaranku adalah bermain catur dan aku selalu menganggapkan kehidupan ini sebagai gelanggang perlawanan caturku. Jadi aku sentiasa hidup dengan perasaan ingin membela diri sendiri. "Selfish" bukan perkataan yang sesuai untuk aku sebaliknya tolong menolong dan saling mempergunakan adalah sinonim dengan diriku.

Dan, inilah Aku.

Sepanjang perjalan penuh dugaan aku jarang dan sentiasa mencuba untuk tidak berputus asa. Sehingga sekarang, aku masih lagi meneruskan sisa kehidupan aku yang aku sendiri tidak pernah sukakannya. Namun apa yang ditakdirkan adalah apa yang perlu aku dan kita semua lalui. (Walau bagaimana pun, apa yang ditentukan itu masih dapat kita ubahkan dengan usaha dan doa kepada tuhan.) Ini adalah kehidupan yang aku dan kita semua lalui. Jangan sekali kali merasakan diri tidak mampu kerana tidak terwujud suatu masalah yang mustahil untuk diselesaikan.

Satu peringatan dari seseorang yang aku kenali dan mungkin jua dikenali oleh semua, semua yang dicipta ada sebab, akibat, dan kesan serta jalan penyelesaiannya. Terpulang pada akal kita untuk memutarkan keadaan yang tidak baik kepada sebaliknya ataupun sebaliknya. Apa pun aku diingatkan untuk tidak mudah melatah atau melencong keluar dari rona kehidupan yang betul serta tidak brputus asa sekiranya berlaku perkara yang diluar perhitungan aku. Hurm... Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Itu adalah apa yang aku percaya. Kata hikmat yang selalu aku gunakan untuk diriku adalah "rileks..,everything under control.." Ayat ini membuatkan aku terus berusaha dan mencuba dan terus mencuba.

Kehidupan adalah tidak pernah adil. Ini suatu fahaman dan pemikiran aku. Dan ini, hanaya berlaku apabila aku melakukan sesuatu tanpa keikhlasan yang sepenuhnya. Namun adalah tidak mustahil aku, kita semua, tidak mendapat sesuatu kebaikan daripada kebaikan yang kita lakukan. Jadi janganlah aku, kita semua, mengharapkan balasan untuk apa yang kita lakukan.

Kehidupan jua mengajar aku untuk tidak meramalkan apa yang akan berlaku atau mengandaikan perkara yang akan berlaku. Hanya tuhan yang tahu perkara di masa hadapan. Redha dan menerima adalah cara terbaik untuk mengatasi sesuatu perkara yang kurang baik. Ini pendapat aku..

Aku berpandangan aku sangat pandai dalam membuat keputusan. Namun hakikatnya, aku selalu membuat keputusan yang salah. Berdasarkan feedback dari mereka yang melalui sesuatu masalah dengan aku, keputusan yang aku lakukan sentiasa tidak tepat dan teruk. Perkataan terima kasih (dengan perasaan ikhlas) antara sesuatu yang aku idamkan. Dan, aku amat jarang menerimanya dari mereka yang penting dalam kehidupan aku. Haha...

Banyak lagi yang aku rasakan tentang kehidupan dan diri aku yang aku sendiri tidak pasti ianya suatu kebaikan atau keburukan. Tapi aku percaya selagi keinginan untuk melakukan kebaikan terwujud dalam hati dan minda aku, aku masih seorang yang positif dan baik. Dan, aku tetap dengan duniaku walau apa pun yang diperkatakan tentang diri aku.

Dan, inilah apa yang aku rasakan tentang kehidupan dan diriku...Terpulang kepada kita untuk melakukan, memikirkan, serta menentukan kehidupan kita. Apa yang penting kita tahu setakat mana keupayaan kita dan jangan pernah merasakan kita tidak berdaya...

1 comment:

  1. aiman...sikap mu yg suka merendah diri wat aku bertambah suka ingin mengenali dirimu... apa yg telah aku baca tentang diri mu agar jgn terlalu merendah diri.... tp yakin pada diri... tuhan telah mencipta kita dengan kelebihan masing-masing.Cuma kita perlu tonjol dan cari kelebihan itu.... Insyaallah satu hari nanti pasti akan tiba... kita lihat nanti aiman adalah seorang yang sangat berjaya... kita mula dari rebung dan hasilnya nanti pohon yg rimbun dan kental menghadapi segala rintangan. Jangan kerana satu dugaan kita dah cepat mengalah atau dengan kata lebih dasyat lagi putus asa... kita berusaha untuk diri kita bukan untuk orang lain. cara untuk berusaha pun ada caranya dan gayanya.. belajarlah.... yang penting utamakan diri AIMan..sayangilah diri anda..Saper lagi nk sayang kita kalau tak diri sendiri kannn??

    ReplyDelete

terima kasih