cengkerik dan unggas malam saling menyanyi
memanggil manggil antara satu dengan yang lain
bunyinya tidak keruan namun bagai satu melodi
menyanyikan lagu malam yang mengasyikkan
entah mengapa ayah amat sunyi malam ini
bagai ada sesuatu yang terbuku di hati
namun tidak pula diluahkan lagi..
anak mengambil sikap tidak peduli
masih bersama rakan yang datang mengunjungi
atau langsung tidak perasan ayah sendiri
hanya anak yang pasti dan mengerti
keluar sahaja mereka yang bukan saudara
ayah mula bersuara dan bertanya
bertanya anak, agak marah tapi masih ayah cuba bersahaja
mungkin tidak mahu riuh itu didengar sesiapa
namun anak jua tidak mengalah
menyalahkan ayah dan tidak mengaku salah
ayah jadi kelam dan mula kehilangan arah
melenting dan menaikkan nada menunjukkan marah
apa yang digaduhkan menjadi persoalan
tiada lagi sabar untuk ditahan
anak pergi tinggalkan ayah tanda melawan
ayah terpinga penuh kegeraman
riuh gempita tengking si ayah
marah dengan anak yang dulu di timang
kini melawan bagai dialah raja
tidak langsung tahu menghormatinya
siapa salah antara mereka?
ayah yang marah atau anak yang menderhaka?
mungkinkah ayah yang telah terlupa?
atau anak terlalu dimanja?
bila ditanya tanya kembali
anak yang salah kerana mengingkari
tapi ayah juga yang dulu tidak ambil peduli
namun bila terlanjur semua serba tidak menjadi
ayah, anak, harus saling memahami
ayah patut selalu dicontohi
anak pula jangan di biar sendiri
kerna anak mungkin lari dari landasan realiti
andai terjadi perkara begini
sabar dan bertenanglah cara terbaik
ayah jangan cepat melatah menyalahkan anak
ayah jangan mudah ikutkan rasa amarah
bertanyalah sebagai ayah mengambil berat
berlembutlah tanda ayah amat menyayangi
anak pula janganlah lupa diri
ayah sentiasa bersifat melindungi
berterus teranglah andai itu kesilapan diri
kerana ayah yang paling memahami
terimalah hukuman tanda keinsafan
sayanglah ayah yang sentiasa berkorban